Sunday, August 25, 2019

PENGENALAN ALAM HAIWAN (Animal Kingdom)

Haiwan adalah sekelompok benda hidup yang boleh menjalankan aktiviti seperti bergerak, berhubung, membiak, mengeluarkan bunyi, bernafas, membesar dan sebagainya seperti apa yang kita boleh lakukan. Oleh kerana itu, haiwan dikategorikan di dalam alam tersendiri yang dipanggil Alam Haiwan. Oleh kerana manusia mempunyai ciri fizikal yang sama seperti haiwan, maka manusia dimasukkan di dalam alam ini.
      Sebagaimana yang telah diketahui setakat ini, penjelasan tentang alam hidupan ini, adalah berkisar kepada objek hidup yang boleh dilihat secara langsung atau menggunakan alat. Hidupan yang tidak boleh dilihat secara langsung seperti jin dan malaikat tidak tergolong dalam pembahagian ini. Alam hidupan terbahagi kepada 5 alam hidupan iaitu Alam Monera, Alam Protista, Alam Fungi, Alam Tumbuhan dan Alam Haiwan. Kesetiap alam ini pula mempunyai pembahagian yang lain pula.

G1: Gambaran Pokok Kehidupan.


        Mengikut pengetahuan para pengkaji Barat, hidupan dimulai oleh makhluk paling ringkas yang dipanggil bakteria. Hidupan ini hidup ketika bumi masih lagi dalam proses penyejukan. Kelompok bakteria ini dipanggil Monera. Setelah masa berlalu, maka ujud pula jenis bakteria yang menunjukkan tiga sifat hidupan terkemudian iaitu fungi, tumbuhan dan haiwan. Kelompok bakteria ini dipanggil Protista. Saintis Barat mempercayai kelompok ini terus melakukan evolusi hingga telahirnya hidupan baru iaitu fungi dan tumbuhan serta haiwan. 
        Haiwan merupakan hidupan yang dapat melakukan aktiviti dengan kehendak sendiri dan tidak dapat menghasilkan makanan sendiri. Oleh kerana kelemahan ini, haiwan terpaksa mencari makanan dengan cara menggerakkan tubuhnya. Faktor ini mempengaruhi ciri-ciri seterusnya seperti daya fikir, pertahanan, pengkelompokan dan cara membiak.
          Terdapat 34 filum dalam Alam Haiwan


1.       Acanthocephala
2.       Annelida (Anelida)
3.       Arthropoda
4.       Brachiopoda
5.       Bryozoa
6.       Chaetognatha
7.       Chordata (Kordata)
8.       Cnidaria
9.       Ctenophora
10.   Cycliophora
11.   Echinodermata (Ecinodermata)
12.   Entoprocta
13.   Gastrotricha
14.   Gnathostomulida
15.   Hemichordata (Hemikordata)
16.   Kinorhyncha
17.   Loricifera
18.   Micrognathozoa
19.   Mollusca (Moluska)
20.   Nematoda (Nematoda)
21.   Nematomorpha
22.   Nemertea
23.   Onychophora
24.   Orthonectida
25.   Phoronida
26.   Placozoa
27.   Platyhelminthes
28.   Porifera
29.   Priapulida
30.   Rhombozoa
31.   Rotifera
32.   Sipuncula
33.   Tardigrada (Tardigrada)
34.   Xenacoelomorpha

No comments:

Post a Comment